Sunday, December 11, 2016

CABARAN KEUSHAWANAN



CABARAN- CABARAN KEUSAHAWANAN


  Menjemput rezeki sebagai usahawan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebelum mendapat rezeki yang halal lagi berkat, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar usahawan. Apakah yang dimaksudkan dengan cabaran ? Kamus Dewan Edisi Keempat mentejemahkan  cabaran sebagai  sesuatu unsur atau factor yang menguji  kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Terdapat dua jenis cabaran dalam proses keusahawanan iaitu cabaran dalaman (internal challenges) dan cabaran luaran (external challenges).
CABARAN DALAMAN (INTERNAL CHALLENGES)
Cabaran dalaman adalah unsur-unsur yang mencabar kewibawaan seseorang dalam merealisasikan impian yang ditetapkan. Unsur –unsur ini boleh memberi  rangsangan positif atau negatif bergantung kepada tanggapan atau cara bagaimana kita mengatasinya.
        “Sebagai contoh  salah satu cabaran dalaman kepada seseorang usahawan ialah keyakinan  terhadap dirinya untuk memulakan  kerjaya  sebagai seorang usahawan. Pada peringkat ini seseorang usahawan mungkin memikirkan  beberapa natijah atau kemungkinan yang akan beraku ekoran daripada  keputusannya menjadi seorang usahawanan. Antaranya adalah sama ada berjaya (lebih baik) tiada perubahan (status quo) atau gagal (lebih teruk).
         Bagi mengatasi cabaran ini seseorang usahawan harus dapatkan nasihat serta pandangan orang lain. Orang lain di sini tidak semestinya “PAKAR” tetapi seorang yang berpengalaman. Guru yang paling baik bagi seseorang itu “ialah pengalaman kita sendiri”. Selain itu, anggaplah cabaran dalaman itu umpama ranjau-ranjau yang perlu disisihkan disepanjang pengalaman ketika kita memburu cita-cita  menjadi seorang usahawanan.
CABARAN LUARAN (EXTERNAL CHALLENGES)
Cabaran luaran merupakan cabaran yang disebabkan oleh faktor-faktor lain daripada unsur-unsur sifat atau personaliti seseorang usahawan tetapi merangkumi faktor-faktor persekitaran luar.
a)      Tidak mempunyai aliran tunai konsisten.
Masalah yang sering dihadapi oleh seseorang usahawan adalah kekurangan modal. Pelaburan modal sangat penting dalam melaksana dan memastikan kelancaran perniagaan dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Tanpa pelaburan modal yang kukuh, agar sukar bagi sesorang usahawan itu melebarkan perniagaan yang diceburi ke peringkat antarabangsa. Dalam mengatasi cabaran ini uasahawan  ialah mempelajari bagaimana  mengurus kewangan  dengan lebih sistematik dan berkesan. Selain itu, agensi kerajaan juga mengnjurkan bengkel dan seminar pengurusan kewangan bagi membantu usahawan dapat membuat pengurusan  kewangan dengan baik.


b)      Kekurangan kemahiran keusahawanan
Kemahiran keusahawanan ada empat tahap iaitu kebolehan dalam memgenalpasti peluang  perniagaan, kebolehan dalam merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang  perniagaan dan terakhir sekali kebolehan untuk bekerja sendiri. Kemahiran  dalam bidang keusahwanan dilihat sebagai satu item penting dalam menentukan  kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan. Kekurangan kemahiran boleh menyebabkan usahawan gagal dalam menceburi bidang keusahawanan.

c)      Mendapat tentangan keluarga.
Kejayaan bererti pengorbanan dan sekiranya seseorang usahawan tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perniagaan, kejayaan tidak akan berani menghampirinya. Lebih buruk lagi apabila ada dikalangan ahli keluarga  yang memberi reaksi negatif berkenaan dengan perniagaan yang mahu diceburi. Oleh itu, usahawan harus kuatkan hati,akal dan minda untuk  terus mengatasi  masalah ini.

Memang benar keluarga itu adalah yang pertama, tetapi usahawan  harus menerangkan kepada mereka situasi  sekarang ini supaya mereka faham dan tidak banyak mengambil masa agar usahawan  boleh kekal fokus menguruskan perniagaan anda.

      


No comments:

Post a Comment